Akhir kata dari saya, banyak yang telah saya pelajari sepanjang tempoh praktikum ini berlangsung..Banyak pengalaman yang mendewasakan saya, terutamanya dalam membantu saya memperbaiki cara/kaedah pengajaran dalam bilik darjah, mengawal kelas yang terlalu aktif, cabaran untuk mendidik pelajar yang ketinggalan dalam pelajaran kerana cabaran dunia yang berhadapan dengan situasi pandemik Covid-19 pada ketika ini…Saya percaya semua ini ada hikmahnya dan saya bersyukur kerana berada pada landasan yang betul untuk menjadi bakal pendidik yang berjaya suatu hari nanti..
SEKIAN, Cikgu Mary
0 Comments
Minggu ni merupakan minggu terakhir saya bersama pelajar. Mereka mula menunjukkan rasa sedih kerana saya sudah tidak mengajar mereka. Dari jauh dalam sudut hati saya, saya juga berasa berat hati untuk meninggalkan kelas mereka dan menyerahkan semula kepada guru pembimbing. Saya merasakan bahawa ‘student-teacher engagement’ dan ‘bonding’ yang telah wujud antara saya dengan kedua-dua kelas menyebabkan kedua-dua pihak berasa sedemikian rupa. Minggu-minggu terakhir ini saya berhabis-habisan mencurahkan segala ilmu dan tips kepada mereka terutama dalam subjek Bahasa Melayu. Saya terus membimbing mereka dan membetulkan tugasan/latihan yang telah dihantar. Pelajar-pelajar saya dari kedua-dua kelas mengucapkan terima kasih kerana telah membimbing dan mengajar mereka.
Bagi kelas hadapan seperti kelas 4A, minggu-minggu terakhir saya merasakan perubahan ketara pada mereka. Mereka kelihatan seperti mencuba sehabis baik untuk menimba ilmu walaupun ada yang tidak dapat menyertai Google Meet, namun mereka tetap menghantar tugasan kepada saya untuk disemak. Mereka juga menunjukkan kerjasama yang sangat baik dan ringan mulut untuk menjawab soalan dalam Google Meet bagi membantu saya dalam melancarkan proses pembelajaran menerusi Google Meet. Ada juga yang mesej personal kepada saya meluahkan masalah mengenai pelajaran dan kerisauan mereka terhadap Pdpr, Ujian, prestasi semasa mereka dan sebagainya…Saya berusaha untuk memberikan semangat kepada pelajar-pelajar ini agar mereka terus berjaya dalam pelajaran…Berbeza dengan situasi pada mula-mula kelas Pdpr dahulu..mereka segan dan tidak mahu bercakap/ menjawab soalan..hehehe…Segalanya telah berubah~~~ Bagi kelas 4C yang sememangnya saya selalu gelar ‘kelas hyperaktif’..mereka juga memberikan kerjasama kepada saya dengan baik sekali sepanjang minggu terakhir saya bersama mereka. Walaupun hanya paling ramai 5 orang yang menyertai google Meet, namun pelajar lain berkomunikasi dengan saya menerusi Whatapps untuk bertanyakan soalan atau apa sahaja yang mereka kurang faham mengenai topik pembelajaran pada hari tersebut. Pelajar juga menghantar tugasan/latihan yang diberikan… Saya merasakan perubahan yang ketara pada minggu terakhir apabila pelajar-pelajar ini kerap bertanya mengenai latihan yang mereka kurang faham. Jadi, mereka sedaya upaya memberikan kerjasama dengan menunjukkan minat masih ingin menimba ilmu pada minggu-minggu terakhir bersama saya~~Saya belajar banyak perkara pada Pdpr 4.0 pada kali ini…saya tidak boleh sekadar bagi slide, dan membiarkan pelajar-pelajar saya yang lemah terkapai-kapai..Sememangnya, saya bertanyakan soalan kepada mereka supaya mereka berfikir dan berusaha untuk menjawab soalan…tetapi kemudian, saya perlu menerangkan semula kepada mereka kerana bagi pelajar yang lemah kerana realitinya situasi di sekolah, tidak semua pelajar itu bijak… Bila dikenangkan semula, banyak perkara yang saya pelajari sepanjang tempoh praktikum ini…Bagaimana saya perlu mengenal setiap perangai dan watak pelajar-pelajar saya……betapa pentingnya seorang guru itu untuk mengkaji perangai, watak dan emosi setiap pelajar mereka..Saya sendiri mengambil masa untuk ‘adjust’ watak dan perwatakan saya apabila bersama dengan dua kelas yang berbeza dan mempunyai keunikkan tersendiri. Apabila mengajar kelas 4A, saya perlu mengubah diri saya mengikut keadaan situasi kelas 4A yang nakal tapi bijak dan apabila masuk kelas 4C yang hyperaktif, lemah tetapi ingin belajar, saya sendiri juga perlu menjadi lebih hyperaktif dari mereka agar dapat mengawal kelas tersebut dan menarik perhatian mereka untuk belajar subjek Bahasa Melayu… Sememangnya pelajar-pelajar saya dari kedua kelas banyak mengajar saya ertinya menjadi seorang guru yang penyabar, prihatin dan berdedikasi~~~kata-kata dan ucapan yang menjadi pembakar semangat saya..yang tidak akan penah saya lupakan....apabila mereka semua mengucapkan terima kasih cikgu!~~~~ Selepas minggu peperiksaan, cuti Hari Raya Aidilfitri menjelang….kemudian kerjaan mengumumkan sesi persekolahan secara Pdpr bermula semula…pada awalnya, saya risau kerana bimbang pelajar akan menjadi pasif seperti pada awal sesi Pdpr dulu…namun, saya bersyukur kerana penglibatan pelajar lebih baik dari yang sebelumnya…~~jika Ppdr yang sebelum ini, bagi kelas 4A, mereka segan untuk memberikan respon menggunakan ‘voice’ untuk sesi ‘Google Meet’ namun kali ini mereka tiada masalah untuk menjawab soalan guru sepanjang sesi Google Meet berlangsung…ataupun menerusi aplikasi Whatapps…bagi kelas 4C, pula jika sebelum ini saya bertanyakan soalan hanya satu ataupun dua orang sahaja yang menjawab…berbeza pada kali ini, ramai yang menyertai kelas online terutama menerusi aplikasi Whatapps kerana tidak mempunyai capaian internet yang mencukupi untuk memasuki Google Meet…sebilangan besar pelajar memberikan respons kepada guru…Pelajar dari kedua-dua kelas ini juga sentiasa menghantar tugasan/latihan mereka untuk disemak~~
Peperiksaan menjelang…Sepanjang tempoh minggu peperiksaan berlangsung, saya dapati pelajar memberikan yang terbaik..Guru juga melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar….Saya menolong guru-guru yang memerlukan bantuan untuk mengepil kertas soalan…menjaga kelas-kelas peperiksaan dan sebagainya..
Pada sekitar minggu 11- 12, sekolah juga mengadakan program Karnival Cinta Bahasa (KCB 2021) yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa…Saya dan Amirah ditugaskan sebagai AJK Cenderahati dan setiap guru bahasa diwajibkan menganjurkan satu aktiviti/ pertandingan bahasa bagi setiap tingkatan…Kami berdua telah mengadakan Pertandingan Syarahan antara Kelas Tingkatan 4….menerusi aktiviti/program seperti ini, guru dapat mencungkil bakat pelajar dan melatih pelajar dari segi kemahiran bertutur….
Minggu ini juga, kami dikejutkan dengan keputusan sekolah untuk mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)..keputusan ini diambil atas sebab faktor keadaan semasa penularan Covid-19 dan kemungkinan penutupan sekolah….apa yang saya pelajari semasa minggu ini, saya dan rakan telah menyumbangkan idea dan pendapat kepada guru yang menyediakan soalan peperiksaan bagi subjek Bahsa Melayu Tingkatan 4. Saya juga banyak mempelajari format-format terkini soalan bahasa Melayu Tingkatan 4. Peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu jatuh pada hari pertama peperiksaan yang berlangsung pada hari Rabu.. saya melihat pelajar kelas 4A dan 4C melakukan yang terbaik berdasarkan kemampuan mereka… Sepanjang minggu ke 11, bagi kelas 4A, saya mengajar kemahiran mendengar dan bertutur…kemahiran menulis jenis-jenis pendahuluan..saya memberikan latihan...banyak latihan untuk melatih mereka menulis, membina dan mengembangkan ayat…Pelajar 4A memberikan kerjasama yang sangat baik kepada saya…
Bagi kelas 4C…lain pula ceritanya…semasa masuk kelas mereka..saya terus membebel..kerana sebilangan besar yang menghantar tugasan minggu lepas membuat latihan sambil lewa…hari tu memang saya rasa saya menjadi ‘penceramah percuma’ di hadapan pelajar 4C saya..mereka terdiam sahaja apabila mendengar saya menasihati mereka..saya tidak marah..Cuma saya katakan kepada mereka…saya kecewa melihat hasil tugasan mereka..mereka tidak menunjukkan usaha…mereka tidak serius untuk menimba ilmu…sedangkan cikgu berbuih mulut menerangkan memberi penjelasan di depan kelas.. saya naikkan semangat mereka untuk belajar~~dalam pada masa yang sama, saya turut menahan emosi kecewa..berbaur sedih…saya juga melihat muka pelajar saya satu demi satu…saya masih ingat lagi muka mereka yang serba salah.. terdiam satu kelas yang ‘hyperaktif’..(dalam hati kasian juga)..ya memang mereka lemah..tapi mereka sangat menghormati saya.. terdiam mereka apabila melihat muka saya yang menahan emosi… Jadi..apa yang saya lakukan selepas itu…saya keluar seketika dari kelas…mengambil satu nafas panjang….kemudian saya masuk semula dengan satu senyuman baru.. saya minta mereka untuk salin pembetulan… mereka semua ikut arahan saya~~tiada yang membantah…kemudian, saya bagi lagi latihan menulis pendahuluan dan saya minta mereka bina pendahuluan berdasarkan pembetulan yang saya ajar…selepas itu..barulah saya nampak perubahan dari segi ayat…mereka berusaha membina ayat kesimpulan dan meminta bimbingan dari saya sekiranya kurang jelas~~ Mulai dari peristiwa ini..setiap kali saya masuk kelas mereka…mereka menunjukkan minat untuk belajar.. bergiat aktif dan semestinya hyperaktif..(berhasil juga saya menyedarkan mereka) Hari seterusnya, mereka belajar membuat isi perenggan karangan…saya bimbing..minta mereka ulas kefahaman mereka mengenai topik pembelajaran..dan minta mereka mencuba membina ayat mereka….mereka semua dengar arahan saya dan tidak membantah~~banyak latihan yang saya berikan kepada mereka untuk latih mereka membina ayat… Sebagai seorang guru..memang sudah menjadi lumrah kita akan mengalami pelbagai emosi ketika berhadapan dengan pelajar…guru sendiri sudah mempelajari psikologi dalam pendidikan. Bagaimana guru itu perlu berhadapan dengan pelbagai situasi dan tingkah laku/karenah pelajar…saya aplikasikan ilmu psikologi dalam pendidikan dengan memberikan galakkan, semangat kepada pelajar…saya juga bijak mengawal emosi..saya tidak memarahi mereka…saya cuma menasihati mereka untuk berubah ke arah yang lebih baik~~ Sepanjang minggu ini, saya tanamkan dalam pemikiran saya satu perkara, saya perlu rapatkan lagi jurang antara saya dengan pelajar….saya cuba memahami tingkah laku pelajar…saya mula memerhatikan sikap mereka..bagaimana situasi persekitaran kelas itu….tingkah laku setiap pelajar saya….ada yang pendiam, ada yang nakal..ada yang hyperaktif…ada yang rajin..ada yang pemalu dan sebagainya….saya turut mula memerhati tahap penguasaan para pelajar saya ketika berada dalam kelas…saya perhatikan kemampuan, kebolehan mereka mengusai kemahiran menulis, membaca, mendengar dan bertutur…. Bermula dari pemerhatian saya inilah, saya melaksanakan kaedah pengajaran dalam bilik darjah.. Saya suka bertanyakan soalan-soalan yang mampu menarik minat mereka dan boleh melatih mereka bertutur…Saya suka memberikan pelbagai jenis latihan yang memerlukan mereka menulis berdasarkan kemampuan mereka…saya hanya bertindak sebagai pembimbing jika perlu..bermula dari minggu ini, saya mula melihat kemampuan sebenar para pelajar saya….minggu ini saya banyak latih mereka bertutur dan menulis perenggan pendahuluan..
Bagi kelas 4A, walaupun mereka dianggap kelas hadapan, melalui pemerhatian saya.. dapat saya bahagikan kepada pelajar lemah, sederhana dan pandai…Namun, pujian diberikan kepada pelajar kelas 4A, contohnya apabila saya bagi bahan latihan seperti menulis perenggan kesimpulan, mereka mudah faham dan mencuba menjawab latihan yang diberikan…apabila tidak pasti atau memerlukan bimbingan, barulah mereka akan memanggil guru…minggu ini juga saya bertindak untuk mengutip buku latihan pelajar untuk menyemak dan menanda tugasan yang mereka lakukan..sebilangan kecil langsung tidak membuat latihan semasa Pdpr (saya memberi amaran tegas)...ada yang buat latihan berdasarkan tajuk yang diminati..dan ada yang sememangnya melakukan tugasan yang diberikan…begitulah pelajar~~ bermacam-macam karenah~ Bagi kelas 4C, dari hari pertama pembelajaran secara bersemuka berlangsung, saya sudah tahu kesemua pelajar memang nakal, hyperaktif dan sentiasa bermain…setiap kali masuk kelas 4C..saya sememangnya kena mempersiapkan fizikal, mental dan juga tenaga saya untuk mengawal kelas ini..lebih-lebih tenaga....hahaha..sebab mereka semua hyperaktif dan saya memang perlu lebih hyper dari mereka untuk mengawal kelas..setiap kali masuk kelas ni..suara saya kena kuat dan lantang..sehingga kedengaran sampai kelas Cikgu Amirah…hahaha~~~Sehingga Cikgu Amirah pernah berkata cikgu-cikgu lain terjenguk mencari suara siapa yang terlalu kuat seperti berkelahi atau memarahi pelajar~~kekekeke..sebenarnya tidak...saya bukan marah..itu merupakan cara saya untuk mengawal kelas dan mengambil perhatian pelajar untuk menumpukan perhatian...heheh..jika pelajar 4C saya..mereka tahu saya tidak garang dan sentiasa happy-go-lucky sewaktu kelas saya... Namun…sepanjang tempoh minggu ke 10 ini, satu peristiwa yang tak dapat saya lupakan ialah..semasa berada di kelas 4C…ini kali pertama saya mengajar mereka membuat kesimpulan..mereka sangat lemah dan memerlukan bimbingan…ada sebilangan besar 4C yang membawa buku kosong…sepanjang Pdpr berlangsung untuk tahun 2021, langsung tidak membuat tugasan/latihan yang diberikan oleh guru…sama ada tugasan dari guru pembimbing mahupun tugasan dari saya..saya berasa sangat terkilan…Cuma saya berusaha untuk mengawal emosi…beginilah cabaran seorang guru~~~kemudian..saya ajar mereka..saya bimbing mereka dan memberikan bahan latihan kepada mereka~~namun, apa yang memeranjatkan saya…mereka betul-betul lemah…hanya sebilangan kecil boleh menulis perenggan pendahuluan...manakala sebilangan besar berada pada tahap tidak memuaskan untuk menulis/bina perenggan pendahuluan..boleh menulis ayat pendek dan ringkas…mereka menghantar latihan sambil lewa kepada saya..ketika menyemak tugasan mereka di rumah…perasaan saya betul-betul terkilan~~saya memikirkan apa yang patut saya lakukan pada minggu depan! Pada minggu ini juga rakan saya, Cikgu Amirah dicerap untuk kali kedua...semasa kelas Cikgu Amirah berlangsung..saya tidak dapat mengikuti proses pencerapan kerana ditugaskan untuk 'relief' kelas Tingkatan 4A...jadi...saya cuma boleh mengikuti komen pensyarah selepas kelas pencerapan Cikgu Amirah selesai....dari segi kefahamanan saya, saya dapati bahawa kelemahan dan kekurangan saya dan Cikgu Amirah ialah dari segi pengurusan masa..kami berdua kena belajar untuk hadkan masa aktiviti pelajar dan sentiasa berjaga dengan masa....kedua, teknik penyoalan..teknik penyoalan yang diberikan kepada pelajar perlu diperbaiki dan kami berdua perlu 'bounce' soalan kepada pelajar lain...kepelbagaian teknik penyoalan ketika sesi pembelajaran perlu diperbaiki dari semasa ke semasa....
Pada minggu ini juga, saya telah mengadakan perbincangan dengan Cikgu Amirah dan kami bersetuju untuk masuk melihat cara pengajaran satu sama lain...Semasa Cikgu Amirah mengajar kelas 4D, saya telah masuk dan mengikuti kelas Cikgu Amirah...saya dapati kaedah pengajaran Cikgu Amirah sangat baik dan Cikgu Amirah juga memberikan yang terbaik untuk mengajar pelajar kelas 4D....pelajar 4D sangat lemah.....jadi saya menolong Cikgu Amirah untuk membimbing pelajar dari meja ke meja sekiranya pelajar memerlukan bimbingan daripada guru ketika membuat latihan/tugasan...pening juga sebenarnya (he he he he) tapi itulah cabaran sebagai pendidik~~ Saya juga telah masuk kelas 4B Cikgu Amirah untuk melihat kaedah pengajaran yang dilaksanakan..walaupun sempat masuk untuk seketika sahaja kerana saya perlu relief kelas lain.. saya dapati kelas 4B Cikgu Amirah memberikan kerjasama yang baik kepada guru dan mereka tetap menumpukan perhatian dalam pelajaran...Cikgu Amirah melaksanakan kaedah pengajaran yang berkesan dan menarik....cuma mereka agak kekok dan segan ketika keberadaan saya di dalam kelas tersebut..apa yang paling lucu..Cikgu Amirah mengatakan kepada saya selepas habis... "Mary, semua pelajar aku takut dengan kau..bila kau keluar..mereka semua menghela nafas lega...mereka ingat kau garang..sungguh mereka takut bunyi kasut kau yang kuat!..tak!tak!tak!tak! bunyi bila berjalan!..''(ketawa besar saya mendengar cerita Cikgu Amirah)...dalam sudut hati (saya patut masuk kelas ni lagi! haha) Pada Selasa 6 April 2021, pensyarah telah datang untuk membuat pencerapan kali kedua bagi kelas bersemuka.. Kelas yang terlibat ialah kelas 4C..saya masuk kelas..pelajar sangat aktif..apabila saya sebut sahaja ada pensyarah nak masuk menilai..semua terus jadi senyap dan takut...hahahah..saya kata kepada pelajar-pelajar saya agar mereka berkelakuan seperti biasa....sebab itu, pada mulanya semasa sesi Pdpc..iaitu set induksi, mereka kelihatan pasif dan segan untuk bercakap..tetapi, saya terus mengemukakan soalan dan lama kelamaan mereka mula memberikan respons kepada guru..ketika sesi perbincangan aktivti kumpulan pula..sebenarnya agak sukar untuk saya mengawal kelas..banyak pelajar yang lemah bahagian membina isi karangan...tentulah sebagai guru, saya perlu membimbing pelajar-pelajar yang lemah..mereka memerlukan bimbingan guru untuk menjana ddan megembangkan idea, pendapat dan ayat mereka dalam karangan.... Pendekatan yang saya gunakan ialah dengan membimbing pelajar dari meja ke meja...saya berharap agar tiada satu pun pelajar saya yang ketinggalan dalam pelajaran ... MAKUM BALAS PENSYARAH (PENAMBAHBAIKAN) 1. Susunan kelas Susunan kelas yang agak berterabur dan besar menyebabkan kawalan kelas itu sangat sukar bagi guru...guru sukar mengawal kelas..dan terutama pelajar barisan belakang sekali kurang diberikan tumpuan kerana tidak dapat mendengar arahan guru..mereka seakan 'disconnect' dari situasi kelas.... 2.Soalan Pelajar perlu diberikan soalan yang boleh mengukur tahap kefahaman mereka mengenai topik pembelajaran...guru perlu menanyakan pelajar soalan..sekiranya pelajar menjawap..guru perlu bertanya kepada rakan-rakan yang lain sama ada mereka bersetuju atau tidak..dan apakah respon pelajar lain.... 3. Arahan Pelajar kurang memahami arahan guru..guru perlu mengarahkan mereka untuk bertanya rakan-rakan yang lain sama ada yang lain faham atau tidak arahan guru...\ 4. Objektif Pembelajaran Pelajar lemah dalam karangan..Hanya lebih kurang 10 orang daripada 36 orang mampu memberikan isi utama kebaikan sektor perindustrian kepada negara..sementara yang lain tidak mampu untuk menjana atau mengemukakan idea mereka...objektif pembelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya 5. Pengurusan Masa Pengurusan masa dalam semasa sesi pembelajaran berlangsung amatlah penting..guru seharusnya memastikan masa yang diambil tidak lari dari masa yang ditetapkan dalam RPH.... |
AuthorCIKGU MARILYN B.B |