REFLEKSI 3-AKTIVITI 5 (forum)
Selamat sejahtera semua, bertemu lagi bagi refleksi ketiga kali ini, saya akan menceritakan mengenai aktiviti 5 yang dijalankan iaitu forum yang berkaitan dengan topik Pembelajaran Abad ke-21 yang menjadi salah satu intipati dalam proses kemenjadian murid melalui penerapan kemahiran 4C. Seperti biasa, kami akan diberikan bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pesyarah 3-5 hari sebelum kelas bermula. Bahan tersebut boleh diakses dalam ‘Google Classroom’. Kami dikehendaki menyediakan bahan untuk forum. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyediakan bahan bagi mewakili pihak moderator ataupun penonton, panel 1 iaitu Menteri Pendidikan, panel 2 terdiri daripada guru cemerlang, panel 3 merupakan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan panel 4 iaitu wakil pelajar.
Di dalam kelas, kami perlu memainkan peranan dalam aktviti 5 iaitu forum mengenai tajuk “PEMBELAJARAN ABAD KE-21 TERAS KEMENJADIAN MURID MENERUSI PENERAPAN 4C”. Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil bagi mewakili pihak-pihak yang dinyatakan di atas. Kumpulan saya mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan wakil ahli kumpulan kami ialah Sharifah Noorul Balqish. Saya dan ahli kumpulan bersama-sama mencari maklumat untuk dijadikan hujah dan pendapat dari perspektif PIBG. Saya bersama dengan rakan-rakan yang lain mencatat maklumat penting untuk diberikan kepada wakil kumpulan kami bagi membantu wakil kumpulan kami untuk memberi hujah dari pihak PIBG mengenai penerapan nilai 4c dalam membentuk kemenjadian murid selaras dengan kehendak PAK21.
Sejujurnya, saya suka akan aktiviti forum yang diadakan oleh pensyarah bagi aktiviti GBFL kali ini kerana saya berpeluang mendengar idea spontan dari ahli panel yang berbahas dan mengutarakan idea mereka. Walaupun kami membantu dalam menyediakan isi penting tetapi para panel telah memberikan jawapan berdasarkan soalan dan jawapan panel-panel lain. Saya berasa bahawa forum yang diadakan amat menarik kerana perkongsian idea berlaku di antara ahli panel forum.
Secara keseluruhan, selaku wakil dari pihak ibu bapa, saya dan ahli kumpulan berpendapat bahawa pembelajaran abad ke 21 menjadi teras kepada proses kemenjadian murid terutama dari penerapan kemahiran 4C iaitu komunikasi, kolaborasi, berfikiran kritis dan kreatif. Anak-anak didedahkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi yang berguna bagi masa hadapan mereka dan releven dengan keperluan dan kehendak masa kini. Ibu bapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menyokong proses kemenjadian murid sperti memberi sokongan kepada program sekolah, sentiasa memantau prestasi dan perkembangan anak-anak di rumah, memberi motivasi dan galakan kepada anak-anak dalam mencuba sesuatu yang baru.
Walaupun hanya berperanan sebgai penonton, saya mendapat mendengar sesuatu yang bermakna dan menarik untuk tujuan penambahan ilmu pengetahuan saya. Forum ini dilihat dapat membantu saya dalam meningkatkan kefahaman saya untuk berfikir dengan lebih mendalam mengenai idea, pendapat, hujah dan dalam menerima pandangan dari pihak lain mengenai pendapat mereka tentang proses kemenjadian murid melalui penerapan kemahiran 4C. Melalui forum yang dijalankan ini, perkongsian ilmu dengan rakan-rakan dalam kelas dapat dijalankan dengan lebih efektif.
Selesai aktiviti forum, pensyarah kami iaitu Dr. Siti telah menyediakan kuiz dalam bentuk aplikasi digital iaitu ‘Kahoot’ untuk menilai tahap kefahaman kami dalam berkaitan tajuk PEMBELAJARAN ABAD KE-21 TERAS KEMENJADIAN MURID MENERUSI PENERAPAN 4C. Pada kali ini, pensyarah memberikan maklum balas mengenai topik yang dijalankan melalui yang dijalankan.
Namun, pada pendapat saya, aktiviti forum ini boleh ditambah baik sekiranya setiap kumpulan mengadakan aktiviti forum ini dalam kumpulan mereka sendiri. Ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan semua pelajar secara menyeluruh apabila bersama-sama mengambil peranan dan berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti forum ini. Melalui cara ini, peluang diberikan kepada pelajar yang tidak berpeluang bercakap atau malu untuk berkomunikasi dalam kumpulan mereka. Sekiranya mempunyai masa yang mencukupi, aktiviti forum boleh diadakan satu per satu untuk penglibatan semua kumpulan.