refleksi 1 - aktiviti 1
Hi semua!~~Salam sejahtera;
Dalam Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah (DPLI) kali ini, saya telah berpeluang mempelajari subjek teknologi dan inovasi dalam pendidikan dan pensyarah kami terdiri daripada 2 orang iaitu Dr. Siti dan Dr. Farah. Teknologi adalah penting untuk dilaksanakan dalam pendidikan kerana ia meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan teknologi juga menambahkan pengalaman pembelajaran. Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut kerana dari pengalaman pertama saya menyertai aktiviti 1 untuk “Group Based- Flipped Learning (GBFL)” saya begitu teruja kerana sebelum ini saya tidak pernah melakukan aktiviti seperti ini.
Sebelum kelas bermula pada minggu kedua, pensyarah kami telah memberikan video sebagai bahan pembelajaran sebelum kelas dalam ‘google classroom’ . Pensyarah kami telah memberi sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kelas. Pada mulanya, apabila menerima video tersebut saya tidak begitu memahami tentang isi video tersebut. Namun, saya tetap melihat video tersebut dan berusaha memahami isi yang ingin diceritakan melalui video yang diberikan. Video yang diberikan ialah berdasarkan topik-topik berikut:
Group 1: The role of Innovation and Technology in Education.
Group 2: Theory into Practise (Behaviorism)
Group 3: Theory into Practise (Cognitivism)
Group 4: Theory into Practise (Constructivism)
Group 5: Theory into Practise (Connectivism)
Namun begitu, setelah melihat video tersebut saya masih tidak memahami tentang topik yang ingin disampaikan. Sejujurnya, saya juga tidak berapa minat untuk belajar melalui video kerana saya lebih suka jika penerangan tentang sesuatu topik dijelaskan di dalam kelas dan penerangan tersebut melalui guru dan pensyarah itu sendiri. Oleh itu, saya hanya mencatat beberapa isi penting dan menunggu sehingga kelas diadakan.
Apabila tibanya masa kelas, kami bermula dengan akvtiti ice 'breaking' dengan memperkenalkan diri dan menggunakan aplikasi digital seperti mentimeter dan quizlet sebagai aktiviti ice breaking dan memberi pandangan pertama tentang sujek ini. Kemudian, kami dikehendaki berpecah kepada 6 kumpulan mengikut topik yang diberikan. Kumpulan kami diberikan tugas untuk membincangkan topik pembelajaran abad ke 21 (PAK21). Bagi saya topik ini sudah tidak asing lagi kerana saya selalu mendengar tentang (PAK21) daripada orang sekeliling saya terutama ibu saya yang juga merupakan seorang warga pendidik. Namun begitu, saya tidak mempelajari PAK21 secara mendalam sehinggalah saya mengikuti kelas ini.
Setelah diberikan topik PAK 21, pada mulanya, saya berasa sungguh gementar kerana saya tidak mengenali ahli kumpulan yang lain. Saya juga berasa takut untuk menyuarakan idea kerana saya masih baru mengenali mereka, jadi berlaku pembatasan idea pada awal perbincangan. Sesi perbincangn juga tidak rancak dan agak terhad untuk menyuarakan pendapat.
Namun begitu, setelah melalui proses pembincangan dengan ahli kumpulan saya mendapati bahawa mereka sangat kreatif dalam mengutarakan idea, memberi pendapat, dan memberi kerjasama yang optima. Saya berasa teruja dan bersyukur kerana ahli kumpulan saya sangat memahami antara satu sama lain dan berlaku proses perkongsian idea dan pengagihan tugas yang saksama kepada semua ahli kumpulan. Setiap daripada kami mempunyai topik-topik kecil dalam PAK21 untuk dibentangkan semasa aktiviti 1 berlaku.
Jika sebelum ini saya tidak beberapa pasti mengenai topik yang diberikan dalam video, tapi setelah melalui perbincangan dalam kelas, ilmu pengetahuan itu dapat disampaikan dengan lebih jelas dari sebelumnya. Saya juga dapat mengetahui tentang idea dan pembelajaran topik lain dari kumpulan lain yang turut membentang.
Namun begitu, pada pendapat saya, saya merasakan bahawa perlunya penjelasan dan pencerahan dari pihak pensyarah tentang topik yang diberikan kepada kami setiap kali kelas mengadakan perbincangan. Pensyarah perlu memberi penjelasan secara menyeluruh dari perspektif mereka kerana saya merasakan bahawa bukan semua perbentangan yang kami jelaskan tepat dan bermakna. Pensyarah perlu menyampaikan maklumat supaya berlakunya interaksi antara dua pihak iaitu di antara pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekian, terima kasih.