Malam sebelum mulanya sesi persekolahan secara bersemuka pada tahun 2021, saya tidak dapat tidur lena...perasaan saya bercampur ..saya sangat teruja..untuk berjumpa anak-anak murid...rasa bimbang dan risau juga ada mengenai penerimaan mereka terhadap cara pengajaran saya...
Hari persekolahan secara bersemuka bermula..saya nak ceritakan bagi kelas 4A terlebih dahulu...Hari pertama.....pada waktu pertama dan kedua, saya masuk kelas 4A untuk menjalankan 'Program Restart'..saya masuk kelas 4A, semua mereka melihat saya dengan pandangan yang kekok....saya masuk dan tersenyum..kemudian saya bertanya adakah mereka sudah menjawap soalan untuk slot 1 dan 2..mereka berkata sudah..jadi saya minta mereka untuk bentangkan jawapan..mereka agak malu..segan..terasa seperti suasana kelas agak tegang...saya terus berbual-bual santai mencuba untuk 'Break the Ice'...pelajar kelihatan masih kekok dan segan...tetapi lama2..mereka mula menjawab soalan saya namun menjawab dengan suara yang kecil...Hari kedua, saya masuk mengajar kelas 4A, saya mengajar kemahiran mendengar dan bertutur...jadi saya banyak bertanya soalan kepada pelajar..pada hari kedua..kelihatan 'Iceberg' mula cair sedikit demi sedikit..soalan yang saya berikan pada kelas hari kedua membantu saya untuk memecahkan suasana tegang dalam kelas 4A..Mereka mula selesa dengan saya..mahu menjawab soalan..mahu bergurau senda..saya mengajak mereka berbual secara santai tetapi bertatasusila..mereka mengutarakan idea dan pendapat mereka...mereka juga mula membuka ruang bagi saya untuk mendekatkan jurang antara pelajar dan guru dari segi interaksi, komunikasi dan dll..saya memberikan mereka coklat sebagai salam perkenalan..dan mereka gembira dengan suasana kelas saya... Hari Ketiga mengajar kelas 4A..suasana kelas mereka sudah tidak tegang..saya rasakan perubahan yang begitu ketara...mereka bergurau senda dengan saya..mereka memberikan kerjasama..kelas aktif dan mereka menjawap soalan yang saya berikan dengan begitu cepat....saya bersyukur kerana mereka menerima kedatangan saya..dan memahami niat saya untuk mengajar mereka dengan iklas... Bagi kelas 4 Cemerlang pula lain kisahnya...pada hari pertama kelas sudah kecoh..pelajar aktif , nakal ...Mana tidaknya, pada hari pertama saja, saya sudah kena 'Prank' dengan pelajar lelaki dari kelas 4C..Ceritanya begini...kelas 4C menggunakan bilik GKT yang berada pada tingkat paling bawah..bilik tersebut mempunyai pintu belakang dan depan...budak lelaki kelas 4C..mereka tutup pintu belakang..dan buka pintu depan...tetapi mengunci 'grill' pintu depan...saya datang dan mereka mengatakan bahawa mereka terkunci di dalam kelas...mereka dengan sengajanya mencuba membuka grill tersebut..saya juga tercengang dan cuba membuka grill pintu depan..kemudian..setelah 10 minit..beberapa orang pelajar lelaki keluar dari pintu belakang sambil ketawa berdekah-dekah memanggil saya untuk masuk kelas melalui pintu belakang....saya sudah sedar bahawa saya dipermainkan oleh pelajar lelaki..dalam hati saya berkata.. siapalah kamu..nanti cikgu tanya soalan baru pada muka kamu..hahah...kelas pertama hari pertama dengan pelajar 4C, mereka semua tidak kekok..boleh bergurau senda dengan saya...keadaan kelas aktif....hari kedua pula. pensyarah datang untuk mencerap kelas saya...awalnya, saya masuk, mereka begitu aktif tetapi apabila saya mengatakan pensyarah ada datang untuk tujuan pencerapan kelas, mereka mula diam..terus berubah menjadi pasif..tapi saya katakan kepada mereka...Hari ketiga...saya masuk kelas..mereka kelihatan bersemangat..memberikan kerjasama yang baik..mereka aktif dan nakal...tetapi walaupun nakal..mereka tetap menghormati saya dan tidak melawan...memang mereka pelajar yang lemah...guru seharusnya membimbing mereka...supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran...saya ingatkan diri saya bahawa tugas saya ..saya perlu bimbing mereka supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran......
0 Comments
Pada 31 Mac 2021, pensyarah pembimbing telah memberikan 'feedback' ataupun maklum balas mengenai pencerapan kali pertama untuk kelas online...Saya mengambil berat mengenai segala maklum balas, 'tips', bimbingan, teguran dan nasihat daripada pensyarah pembimbing sebagai satu proses pembelajaran yang sungguh bermakna bagi seorang bakal guru. Berikut merupakan perkara yang ditekankan semasa sesi perbincangan.
1. Suara/ Intonasi Pensyarah pembimbing menegur saya dari aspek arahan...arahan yang diberikan kepada pelajar hendaklah secara perlahan dan arahan tersebut perlu diulang balik sehingga mereka faham akan arahan...kemudian, begitu juga dengan soalan, ketika berada dalam sesi pembelajaran..soalan haruslah ditanya secara berulang-ulang kepada pelajar untuk menyemak kefahaman mereka mengenai topik pembelajaran.. Saya ambil maklum mengenai perkara ini dan akan memperbaiki semasa kelas bersemuka nanti. 2. Peneguhan Positif Peneguhan positif mengikut kefahaman saya merupakan ganjaran, 'reward', dan pujian yang diberikan kepada pelajar untuk menggalakkan pelajar melakukan tingkah laku yang baik. ..peneguhan positif juga bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan tingkah laku yang diingini...contohnya, sekiranya pelajar menjawab soalan, guru perlu memuji pelajar tersebut....memberi penghargaan ataupun hadiah kepada mereka...dengan cara ini, guru boleh merangsang amalan positif pelajar... Oleh itu, saya telah melakukan catatan dan mengenal pasti pelajar yang selalu menjawap soalan ketika kelas berlangsung, membuat tugasan/ latihan dan rajin bertanya kepada guru.. Catatan ini membantu saya untuk kenal pasti pelajar yang menunujukkan tingkah laku yang baik dan akan diberikan sedikit penghargaan ketika kelas bersemuka berlangsung nanti.. 3. Peneguhan Negatif Peneguhan negatif pula merupakan satu tindak balas untuk menghentikan sesuatu tindak balas negatif..peneguhan negatif boleh mengurangkan amalan negatif pelajar..ia bertujuan untuk elak tingkah laku yang tidak diingini berulang..contohnya, sekiranya pelajar tidak menghantar tugasan, guru boleh menambah tugasan pelajar.....dengan menyuruh pelajar menyapu kelas, membersihkan papan hitam, mengangkat buku ke bilik guru dan sebagainya...guru menambah tugasan pelajar ataupun aktivti pelajar untuk menggelakkan pelajar tersebut mengulangi tingkah laku yang negatif.. Apa yang dikongsikan oleh pensyarah pembimbing saya sangat berguna untuk dijadikan panduan ketika sesi pembelajaran bersemuka di dalam kelas.. 4.Aktiviti/ Slide/ Bahan Bantu Mengajar Pesyarah pembimbing juga telah mengulas mengenai perkara ini..sejujurnya beliau tiada masalah dengan aktivti/ slide / bahan bantu mengajar yang disediakan....cuma...apa yang perlu ditekankan pada perkara ini ialah 'JANGAN SUAP PELAJAR'... Apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah seorang guru perlu menggalakkan pelajar berfikir secara analitikal dan kritikal..oleh itu, semasa sesi penerangan, guru perlu bertanya soalan dan membiarkan pelajar berfikir untuk mencari idea, mencerna idea, mengenal pasti isu atau kehendak soalan dan sebagainya....guru tidak boleh memberikan imput kepada pelajar secara spontan ...guru perlu menanyakan soalan agar dapat merangsang tabiat pemikiran pelajar... 5. Pentaksiran Bilik Darjah Pensyarah pembimbing juga telah menerangkan bahawa melalui soalan-soalan yang diberikan ketika sesi pembelajaran dalam kelas, guru boleh mentaksiran kefahaman pelajar .. adakah pelajar dapat mencapai objektif pembelajaran ataupun tidak... sekiranya pelajar diberikan penerangan, guru boleh bertanya soalan seperti: i) apa yang kamu faham dari slide/petikan ini? ii)apa yang kamu faham? iii) bagaimana kamu pasti itu jawapannya? Berikan justifikasi kamu. Melalui soalan-soalan seperti di atas, pelajar akan dapat berfikir secara kritikal dan analitikal ...Guru juga dapat mentaksir pemahaman pelajar di dalam bilik darjah.. 6. Teaching Adds Perkara yang ditekankan dalam 'teaching adds' ialah cara guru menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh meransang pemikiran pelajar...jika guru menggunakan slide, pastikan guru menanyakan soalan berdasarkan slide yang diberikan...guru perlu bertanya soalan-soalan yang boleh menggalakkan tabiat pemikiran pelajar...... 7. Ending/ Peneguhan /Rumusan Pensyarah pembimbing juga telah menekankan kepentingan komponen rumusan dalam sesi pembelajaran... guru perlu meminta pelajar membuat kesimpulan tentang topik pembelajaran yang dipelajari hari tersebut...kesimpulan boleh dibuat secara bertulis, bertutur secara spontan ataupun melalui kuiz...pelajar boleh menulis soalan-soalan yang menganggu fikiran mereka...ataupun kefahaman mereka sendiri mengenai topik pembelajaran.... Melalui sesi perbincangan dari pensyarah pembimbing kali ini, saya telah belajar banyak perkara baru yang boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan mutu pengajaran pada masa akan datang... Hari ini, Isnin 22 Mac 2021, saya dicerap oleh pensyarah pembimbing..Perasaan tu...nervous..risau..bimbang...hehe..semua ada....banyak kekurangan yang ada pada diri saya...sampaikan malam tadi saya tak dapat tidur lena...kerana memikirkan apalah yang akan terjadi untuk pencerapan kali pertama dalam kelas online....ibaratnya tidur tak lena..tak lalu makan...hahahaha..malam tadi disebabkan tertekan..saya mundar mandir seorang diri di ruang tamu....sampai ke tahap itu yaa...NAMUN saya tetap yakin kepada diri saya untuk berikan yang terbaik...menjalankan amanah mendidik dan mengajar pelajar saya....saya banyakkan berdoa semoga kelas online saya berjalan dengan lancar....
Sepanjang kelas online berlangsung..ada juga cubaan..line internet saya bermasalah lah..menyebabkan saya terpaksa keluar dua kali..dan masuk balik ke dalam pautan Google Meet..mujurlah pelajar saya setia menanti cikgu mereka masuk semula...Saya sebenarnya rasa sangat bersyukur diberikan pelajar yang memberikan kerjasama yang sangat baik sepenjang kelas online...mereka memberikan maklum balas dalam setiap pertanyaan saya...menghormati guru..mendengar arahan guru....saya tahu kelas online pada jam atau waktu kelas yang terakhir, pelajar akan berasa penat...tidak bermaya kerana kelas akan berlangsung pada waktu tengah hari sampai ke petang...namun saya bersyukur mereka masih mahu menimba ilmu daripada saya...sejujurnya saya rasa sangat dihargai..saya gembira kerana mereka mampu mencapai hasil pembelajaran pada hari ini...saya juga mengaplikasikan kaedah penyoalan kepada pelajar.. saya menanyakan soalan kepada mereka seperti yang dibimbing oleh pensyarah pada malam tadi...saya bertanya soalan...kamu faham tak kelas?..apa perbezaan ketara antara kata kerja transitif dan tak transitif...terus ada pelajar menjawab...objek cikgu!! Yaaa.. BETUL~~ Apa yang saya dapati menarik pada kelas hari ini ialah apabila saya bertanya soalan kepada mereka, meminta membuat kesimpulan ataupun rumusan pembelajaran pada hari...mereka menjawab menggunakan kefahaman sendiri hasil daripada penerangan saya...saya berikan tips cara mengenal pasti kata kerja tak transitif..dan pelajar faham tips tersebut..Cara mereka memahami pembelajaran pada hari ini berkait rapat dengan cara saya menerangkan mengenai kata kerja transitif dengan cara saya yang tersendiri....hehe..saya rasa sangat gembira.....mereka juga masih ingat cara untuk mencari fokus bahan dalam petikan seperti yang saya telah ajar pada kelas-kelas yang lepas...saya lega kerana mereka memahami apa yang saya ajar...Saya akan cuba memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri saya pada kelas yang akan datanggg.... Berikut merupakan antara contoh tugasan/ latihan 2 yang dihantar oleh pelajar untuk kelas hari ini...mereka menegnal pasti Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap dan Tanpa Pelengkap mengikut tips yang diberikan iaitu lihat perkataan selepas kata kerja..sekiranya diletakkan titik selepas kata kerja itu, dan ianya boleh berdiri sendiri,ayat mempunyai makna yang lengkap selepas titik, maka perkataan dalam ayat itu ialah Kata Kerja Tak Transitif tanpa pelengkap... begitu juga sebaliknya........ Salam semua.. saya nak kongsikan perasaan saya pada hari ini. Hari ini saya dinilai secara online oleh pensyarah pembimbing. Jujur saya katakan, saya sangat risau, cemas, tertekan..semua ada..yaa...siapalah tidak nervous kan..jika dinilai....Perasaan bertambah tertekan apabila semalam saya menghantar Rancangan Pengajaran Harian (RPH) kepada pensyarah dan didapati ada beberapa bahagian dalam RPH saya salah..saya jenis yang mudah panik/ gelabah jika terdapat kesalahan pada RPH kerana RPH merupakan tunjang utama dalam sesuatu perlaksanaan pembelajaran...jika RPH salah, maka apa yang kita ajar juga tidak menepati sasaran..Apa yang salah?
HASIL PEMBELAJARAN Hasil pembelajaran mestilah mempunyai 4 komponen..saya kena beri peringatan kepada diri sendiri mengenai perkara ini..Komponen-komponennya ialah: 1. Sasaran 3. Kriteria Pencapaian 2. Kata kerja 4. Situasi yang dilakukan/ bahan/ aktiviti Saya selalu lupa komponen keempat.. kena betul-betul ingat.. Mujurlah pensyarah pembimbing saya highlight bahagian apa yang salah pada RPH...beliau memberikan teguran apabila hasil pengajaran saya tidak menepati 4 komponen... Semalam juga saya tertekan apabila langkah pengajaran dalam aktiviti RPH kurang menepati kehendak pensyarah...sejujurnya saya tidak tahu di mana kesilapan saya..saya sempat mengelamun seorang diri hahaha.. rasa seperti terkapai-kapai...ketidakpastian itu sangat tinggi.... rupa-rupanya pensyarah memberitahu bahawa perlu adanya soalan dalam langkah pengajaran supaya dapat menerangkan dan memperincikan bagaimana guru melatih pelajar berfikiran kritikal dan analitikal..baik..ini merupakan pengajaran kepada saya untuk menambahbaik RPH saya.. saya mula menghadam apa yang diterangkan oleh pensyarah..jadi...jawapannya....Soalan yang diberikan perlulah dapat melatih pelajar berfikir aras tinggi..contoh : Bagaimana kamu boleh yakin dengan jawapan kamu..ulaskan... Adakah kamu setuju dengan pendapat kawan kamu? Berikan respons kamu mengenai... Berikan pendapat kamu..kamu setuju ke tidak dengan penyataan kawan kamu...? Mengapa kamu setuju? mengapa kamu tidak setuju? Huhuhu...barulah saya faham apa yang dikatakan oleh pensyarah..perlunya ada soalan KBAT dan juga untuk RPH yang akan datang mestilah ditambah baik dengan memasukkan jangkaan jawapan pelajar....perkara ini sangat bermanfaat kepada saya terutamanya apabila menjadi seorang guru nanti.....saya belajar dari kesilapan diri...dan terus mencuba untuk menjadi lebih baik lagi...konflik diri harus saya elakkan agar tidak membawa padah kemudian hari... Sepanjang kelas online berlangsung menggunakan aplikasi Google Meet, saya bersyukur kerana semua pelajar saya memberikan kerjasama yang baik dan menghormati guru. Apabila saya bertanya soalan, mereka akan membuka suara dan memberi maklum balas. Komunikasi dua hala itu ada. Saya sangat bersyukur walaupun jumlah pelajar tidak banyak mengikuti kelas online, namun apa yang saya sangat syukur ialah mereka berusaha untuk belajar, memperoleh ilmu, menghormati guru mereka dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Sepanjang 3 kali kelas online, saya merasa jurang antara saya dan pelajar yang selalu mengikuti kelas Pdpr semakin kurang. Gembiranya~~~
NAMUN, 1 perkara yang saya ingatkan kepada diri saya bahawa masih ada banyak pelajar yang tidak mengikuti Pdpr dan langsung tidak memberi maklum balas. Saya tanamkan dalam fikiran saya, sekiranya sesi pembelajaran secara bersemuka akan berlangsung mulai April nanti. pastinya tumpuan dan bimbingan yang lebih khusus akan saya berikan kepada golongan pelajar ini! Mendalami ilmu bagi saya seperti learning proses. Ia tidak akan berhenti pada satu titik pencapaian. Belajar itu satu proses berterusan. Saya sentiasa ingatkan diri saya untuk sentiasa keep going walaupun jalan itu sukar. Mendalami ilmu membuat keyakinan diri saya bertambah.
Minggu ni saya mendengar mengenai Topi Hijau- Edward Bono. Saya baca mencari maklumat mengenai Topi Hijau dan mendapati ianya berkait rapat dengan kreativiti. Seorang guru harus mempunyai kreativiti untuk menyelesaikan apa sahaja masalah yang dialami. Hmmm.. betul juga tu...akan saya aplikasikan Topi Hijau ni sepanjang saya mengajar. Ada satu perkara lagi yang saya lakukan. Saya baru sahaja mendapat buku novel dan komsas untuk Tingkatan 4. Hari ini, saya membaca buku novel itu dan memahami jalan cerita kerana bagi saya, sebelum berkongsi ilmu itu kepada orang lain, kita sendiri harus mendalami dan belajar mengenai ilmu itu. Saya rasa sangat berpuas hati dengan prestasi saya selepas berjaya membaca satu buku novel dan memahami jalan penceritaannya. Puas hati ~ Hampir dua minggu berlalu..saya dapati bahawa mengajar dan mendidik itu bukan sesuatu yang mudah.Saya kira semua cikgu seperti saya menghadapi masalah kesukaran mendapat maklum balas daripada pelajar untuk kelas Pdpr. Namun, bukan salah sesiapa, ketentuan Tuhan kita semua diuji ketika berdepan dengan pandemik yang melanda seluruh dunia.
Saya ingin mengulas topik maklum balas pelajar. Saya dapati pelajar dari kedua kelas saya kurang memberi maklum balas dalam group whatapps kelas. Pada awalnya, perkara ini membuat saya merasa sangat sedih. Saya selalu bertanyakan pada diri saya sama ada mereka boleh buat latihan/ tugasan yang diberikan? adakah saya tidak memberi penerangan dengan jelas? adakah tugasan terlalu sukar? Begitulah setiap kali kelas berlangsung untuk minggu pertama. Adakah saya yang tidak memahami pelajar? kehendak mereka?tingkah laku mereka. Jadi, apa yang lakukan ialah saya katakan kepada mereka dalam group whatapss, jika mereka mempunyai pertanyaan, masalah, dan ketidakpastian dalam pembelajaran mereka boleh mesej whatapss saya secara personal. Setelah itu, sebilangan besar 4A selalu mesej saya secara personal melalui whatapps bertanyakan tentang tugasan, dan apa sahaja yang mereka tidak pasti dan apa yang paling menggembirakan saya, mereka juga selesa menghantar tugasan kepada saya seorang demi seorang melalui whatapps personal. Jadi saya selalu membimbing mereka dan menyemak tugasan mereka melalui whatapps personal. Saya merasa gembira kerana kebanyakkan mereka mampu mencapai objektif pembelajaran dengan bimbingan atau tanpa bimbingan daripada saya. Bagi kelas 4c pula, hanya 4 5 orang yang mesej saya melalui whatapps. Walaupun jumlahnya sikit, namun saya sudah merasa sangat gembira sekurang-kurangnya mereka berani untuk mesej saya dan bertanyakan tugasan/ latihan ataupun menghantar tugasan mereka. Gembira melihat perubahan pelajar saya..YA! GEMBIRA! Saya diberi tugas dan amanah untuk mengajar kelas tingkatan 4 Arif dan tingkatan 4 Cemerlang di Sekolah Bandar Baru Sintok, Changlun Kedah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dari rumah dilaksanakan sehingga bulan April. Kali pertama saya dimasukkan dalam group Whatapps kelas 4A dan 4C, saya berasa teruja dan terus memperkenalkan diri dalam Group Whatapps tersebut. Saya juga meminta pelajar untuk perkenalkan diri mereka dalam Group Whatapps agar saya boleh mengenali nama mereka. Saya mendapat respon positif daripada kelas 4A kerana kesemua mereka memperkenalkan diri. Bagi kelas 4C, hanya segelintir sahaja yang memberi respon.
Sepanjang 2 hari kelas berlangsung, saya dapati bahawa pelajar 4A memberi kerjasama kepada saya. Mereka mengikuti Pdpr yang dijalankan dan menghantar tugasan/ latihan yang diberikan. Berbeza dengan kelas 4C,mereka dilihat lebih pasif dan hanya beberapa orang pelajar yang menghantar tugasan. Hal ini menimbulkan keresahan dalam hati saya mengenai bagaimana saya hendak mengambil hati pelajar 4C. Saya berasa sangat sedih dan terkilan dengan apa yang terjadi. Lalu, saya dan rakan saya, Amirah berhubung dengan pensyarah kami iaitu Prof. Madya Dr. Norliza Kushairi untuk mendapatkan tips bagi mengatasi masalah kami. Melalui perbincangan kami pada hari ini, saya dapati bahawa pentingnya seseorang guru untuk mengenali pelajar mereka. Pensyarah pembimbing kami berkata bahawa guru perlu mengetahui latar belakang pelajar, berusaha untuk mengambil hati pelajar agar mereka tidak kekok dengan guru itu sendiri. Oleh itu, saya akan cuba untuk memperbaiki kaedah pengajaran saya dengan mengambil kira pentingnya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, tidak kekok dan akan berusaha mendekati pelajar saya terutama yang bersikap pasif. Saya juga telah mempelajari cara untuk menulis hasil pembelajaran dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan betul berkat bantuan pensyarah pembimbing. Berkat bantuan dan bimbingan daripada beliau, saya lebih mudah untuk memahami cara menulis hasil pembelajaran dengan betul. 1 Februari 2021, bermulanya sesi praktikal keguruan bagi batch kami DPLI 19/20 (UUM). Setelah dua semester praktikal keguruan kami terpaksa ditangguhkan akibat Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, akhirnya kami dapat menjalankan praktikal keguruan kami di sekolah-sekolah sekitar Semenanjung Malaysia. Namun begitu, saya hanya dapat memulakan sesi praktikal keguruan pada 28 Februari 2021 kerana kesukaran saya hendak pulang ke Negeri Kedah pada waktu singkat. Saya merupakan pelajar UUM dari Sarawak yang datang ke Kedah hanya untuk menjalani praktikal keguruan di sekitar sekolah negeri Kedah. Disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan kes yang semakin meningkat, saya perlu melalui banyak prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri Sarawak bagi membolehkan saya merentas negeri pulang ke negeri Kedah. Perasaan? Jika ditanya perasaan saya ketika perlu pulang menjalani praktikal di sekolah sekitar negeri Kedah, jawapannya--> perasaan saya gembira berbaur sedih dan juga takut. Gembira kerana dapat pulang ke Kedah untuk menyambung praktikal keguruan dan dapat kembali ke tempat yang saya telah anggap sebagai rumah kedua bagi saya (saya telah tinggal di Kedah selama 6 tahun ye). Perasaan sedih juga ada kerana perlu berpisah dengan keluarga tersayang. Perasaan takut tidak dilupakan kerana saya takut terkena jangkitan Covid-19 semasa dalam perjalanan pulang ke Negeri Kedah.... Namun begitu, saya gagahkan diri untuk mengharungi cabaran ini dan berkat doa keluarga yang tersayang saya telah mula menjalani praktikum keguruan. |
AuthorCIKGU MARILYN B.B |