Kepentingan kokurikulum
Aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian daripada aktiviti kurikulum yang wajib diikuti oleh setiap pelajar di sekolah. Kokurikulum merupakan apa-apa sahaja kegiatan kumpulan yang dirancang lanjutan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti kokurikulum dapat dibahagikan kepada tiga aktiviti iaitu kelab persatuan, badan beruniform, sukan dan permainan Justeru itu, dalam kurikulum kebangsaan telah menetapkan bahawa kokurikulum merupakan asas dalam kurikulum yang merangkumi semua perkara dari segi unsur kebudayaan, norma, kemahiran, pengetahuan, nilai dan kepercayaan yang diyakini dapat membantu dalam perkembangan diri sesorang pelajar terutama dari segi jasmani, emosi, intelek dan sosial pelajar tersebut. Kegiatan kokurikulum amat penting untuk disemai dari peringkat awal agar pelajar diberikan pendedahan awal mengenai kepentingan kokurikulum serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral pelajar seperti yang diingini oleh ibu bapa dan masyarakat pada masa kini.
Kepentingan kokurikulum pada peringkat awal
~Memupuk Kemahiran Berfikir
Secara umumnya, kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua iaitu secara kritis dan kreaftif. Kemahiran berfikir secara kristis bermaksud kebolehan seseorang individu untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea atau perkara manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula ialah kebolehan sesorang individu untuk mencerna atau menghasilkan sesuatu idea yang asli dari diri mereka sendiri. Sesorang pelajar yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum sejak dari awal akan mempunyai kebolehan berfikir kerana mereka dijangka berkebolehan untuk memperkembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis, menilai perbincangan dan menyelesaikan masalah. Sebagai contohnya, pelajar yang menyertai pertandingan bercerita dari peringkat awal sekolah rendah telah didedahkan dengan kemahiran berfikir dan mempunyai peluang yang besar terlibat dalam pertandingan berpidato, bahas, choral speaking dan sebagainya apabila berada di peringkat sekolah menengah atau peringkat pengajian tinggi.
~Memupuk Identiti Nasional
Kokurikulum yang diperkenalkan sejak dari peringkat awal juga membantu dalam memupuk identiti nasional pelajar. Hal ini demikian kerana sekolah merupakan salah satu tempat pengintegrasian pelajar khususnya sekolah yang mempunyai pelajar berbilang kaum, etnik dan budaya. Sekolah bukan dijadikan sebagai pusat menimba ilmu pengetahuan sahaja, malah berfungsi sebagai senjata untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar. Jadi melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah sejak dari peringkat awal mengalakkan perasaan perpaduan kaum yang tinggi, mewujudkan perasaan sayang dan bangga terhadap bangsa dan negara. Contohnya, aktiviti kokurikulum seperti kelab bahasa atau kelab sejarah yang mengadakan pertandingan bercerita sejarah Malaysia, pertandingan pantun, sajak, cerpen kenegaraan di peringkat awal iaitu sekolah rendah boleh menyemarakkan perasaan patriotism, hormat menghormati dan hidup bersatu padu dalam diri pelajar.
~Mengasah Bakat Kepimpinan
Akitf dalam kegiatan kokurikulum mampu melatih dan mengasah bakat pelajar dalam kepimpinan. Setiap kelab persatuan dan badan beruniform pastinya mempunyai pelbagai jawatan yang perlu diisi oleh para pelajar seperti bendahari, setiausaha, pengerusi, timbalan pengerusi dan sebagainya. Tambahan pula, setiap badan beruniform dan kelab persatuan memerlukan seorang nakhoda yang bertanggungjawab dan berwibawa untuk mengetuai mereka dalam kelancaran akiviti kokurikulum. Pelajar yang memegang jawatan akan belajar dan mengasah bakat mereka dalam kemahiran memimpin dan dengan adanya pengalaman menjadi seorang pemimpin yang berwibawa mereka pastinya akan berasa lebih yakin jika ditugaskan untuk memimpin suatu kumpulan dalam sesuatu organisasi pada masa hadapan. Jelaslah, kegiatan kokurikulum mampu mengasah bakat kepimpinan dalam diri pelajar dimana kemahiran memimpin ini sangat diperlukan dalam dunia pekerjaan pada masa hadapan.
~Penerapan Nilai dan Etika
Kegiatan kokurikulum juga dilihat mampu menerapkan elemen nilai dan membina disiplin yang teguh dalam diri pelajar. Penerapan elemen nilai dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Contohnya, elemen nilai seperti kerjasama dan perpaduan dilihat dapat diterapkan menerusi aktiviti berkumpulan. Tambahan pula, disiplin pelajar dapat dipupuk melalui kegiatan kokurikulum. Hal ini kerana, pelajar wajib patuh kepada peraturan dan tepatan masa maka dengan itu, pelajar dapat dilatih untuk menjadi lebih disiplin, bertanggungjawab dan sebagainya. Salah satu usaha dalam membentuk sahsiah diri pelajar agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab adalah menerusi kegiatan kokurikulum ko-kurikulum. Justeru itu, kegiatan kokurikulum dalam membina sahsiah diri para pelajar tidak dapat dipertikaikan lagi kerana sememangnya kegiatan kokurikulum mampu memberikan faedah yang baik ke dalam diri pelajar.
Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh tentang kepentingan kegiatan kokurikulum kepada diri pelajar. Kegiatan kokurikulum merupakan salah satu ikhtiar untuk membina potensi diri dan sahsiah yang baik bagi setiap pelajar. Malahan, sekiranya kegiatan kokurikulum ini dilakukan dengan berkesan dan berterusan boleh melahirkan pelajar yang menenuhi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka dengan itu, jelaslah kegiatan kokurikulum ini sama pentingnya dengan pembelajaran akademik di mana ianya yang mampu membina memberikan faedah yang banyak dalam hidup pelajar sekiranya dilaksanakan dengan cara yang bersungguh-sungguh.