REFLeksi 2-ACTIVITi 3
Hi semua! Kali ini bertemu lagi kita bagi refleksi yang kedua, saya akan berkongsi pendapat mengenai aktiviti 2 ‘Group Based-Flipped Learning’ (GBFL) yang dijalankan di dalam kelas kami iaitu kelas Teknologi dan Inovasi dalam pendidikan. Seperti biasa, tiga hingga lima hari sebelum kelas bermula pensyarah kami memberikan beberapa video di dalam ‘google classroom’ untuk dipelajari terlebih dahulu dan memahami topik yang akan dibincangkan di dalam kelas nanti. Antara topik yang akan dibincangkan di dalam kelas ialah;
Group 1: Multiple Intelligence
Group 2: Bloom Taxonomy
Group 3: Cognitive Theory of Multimedia Learning
Group 4: ADDIE Model
Group 1: Multiple Intelligence
Group 2: Bloom Taxonomy
Group 3: Cognitive Theory of Multimedia Learning
Group 4: ADDIE Model
Bahan pembelajaran pada kali ini banyak membantu saya kerana topik yang akan dibincangkan pada kali ini tidak asing kepada saya kerana semasa saya mengambil ijazah sarjana muda pengurusan sumber manusia, saya telah mempelajari secara mendalam untuk teori dan model ini. Oleh itu, saya tidak menghadapi masalah untuk memahami video yang diberikan oleh pensyarah bagi aktiviti 3 ini. Video yang diberikan sebelum kelas banyak membantu saya untuk memahami topik yang akan dibincangkan dan membantu saya bersedia untuk memberi hujah, perkongsian idea dan pendapat semasa perbincangan dalam kelas.
Pada minggu tersebut, kelas kami dipecahkan mengikut pengkhususan masing-masing iaitu subjek Matematik dan Bahasa Melayu. Selepas itu, kami dipecahkan kepada 4 kumpulan mengikut topik-topik yang diberikan dan kumpulan saya diberikan tugas untuk membincangkan mengenai model ADDIE.
Oleh kerana sudah mengenali ahli kumpulan masing-masing, kumpulan kami tidak menghadap masalah untuk melakukan aktiviti ini. Kami semua bekerjasama dan bersikap terbuka dalam satu pasukan berbincang, berkongsi idea, mengutarakan pendapat, dan menerangkan konsep teori model ADDIE ini bersama-sama. Aktiviti berkumpulan banyak membantu meningkatakan kemahiran saya untuk berfikir kerana saya perlu mencari maklumat tambahan untuk menyokong isi dan hujah pembentangan yang disampaikan oleh kumpulan kami.
Saya merasakan bahawa 'Group based-flipped learning' (GBFL) ini memberikan dan menambah ilmu pengetahuan yang baru kepada saya kerana saya dapat mendengar perkongsian pendapat, idea baru dan hujah- hujah bernas daripada ahli kumpulan saya dan juga kumpulan-kumpulan lain. Aktiviti ini membantu saya memahami topik yang diberikan.
Namun begitu, seperti yang saya nyatakan dalam refleksi pertama, saya berpendapat bahawa perlunya pencerahan dan perkongsian maklumat daripada pensyarah mengenai topik-topik yang dibincangkan. Kami sebagai pelajar amat memerlukan informasi dan pencerahan dari pihak pensyarah. Ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi penguasaan dan pemahaman kami terhadap topik yang dibincangkan di dalam kelas. Pensyarah perlu membuat kesimpulan dan memberi pendapat serta pandangan mereka mengenai topik yang dibincangkan di dalam kelas.
Sekian, terima kasih.