BEFORE implementation
1. What is your opinion about waste management in your community?
(Apakah pendapat anda tentang pengurusan bahan buangan di komuniti anda?)
Pada pendapat saya, pengurusan bahan buangan di kawasan komuniti saya masih tidak memuaskan dan tidak terurus. Hal ini kerana sampah yang dibuang tidak di asingkan kepada sampah yang mudah lupus dan sampah yang sukar untuk dilupuskan. Masyarakat komuniti saya masih mencampuradukkan bahan buangan mereka dalam satu bekas tanpa mengasingkan terlebih dahulu bahan buangan tersebut. Lokasi tempat pembuangan sampah juga tidak teratur dan tidak sesuai kerana berdekatan dengan rumah penduduk.
2. What is the identified problem/community needs in relation to waste management?
(Apakah masalah-masalah/keperluan komuniti yang boleh anda kenalpasti berkaitan pengurusan alam sekitar di komuniti setempat anda?
Masalah yang saya dapati dalam komuniti setempat saya ialah mereka suka mencampuradukkan bahan buangan yang terdiri daripada plastik, kertas, kotak, sisa makanan yang berbau, lampin pakai buang, sisa pukal, tin aluminium, bahan fabric dan sebagainya dalam satu tempat pembuangan sampah. Komuniti setempat saya perlu didedahkandan diterapkan dengan kesedaran tentang pentingnya pengasingan sisa pepejal. Saya juga mendapati bahawa mentaliti komuniti setempat saya masih berada di tahap yang kurang memuaskan. Mereka seolah-olah tidak dapat menerima perubahan-perubahan baru yang dijalankan dan tidak mengambil berat tentang masalah pegurusan bahan buangan.
3. How is your community partner addressing that needs?
(Bagaimanakah komuniti setempat anda menangani masalah tersebut?)
Salah satu usaha yang diambil oleh penduduk kampung terutama penduduk rumah yang berdekatan dengan pembuangan sampah ialah mengusulkan cadangan pada mesyuarat kampong untuk pembikinan satu rumah pembuangan sampah yang lokasinya terletak berhampiran dengan jalan raya utama dan tiada rumah penduduk di sekitarnya. Ini bertujuan untuk memastikan penduduk tidak lagi berdepan dengan masalah bau busuk dari longgokan sampah tersebut. Tempat pembuangan sampah yang baru itu sedang disiapkan oleh komuniti setempat saya demi kebaikan semua pihak.
4. What would you like to change about your community in terms of the waste management?
(Apakah yang anda ingin ubah berkaitan pengurusan bahan buangan di komuniti anda?)
Apa yang saya ingin ubah berkaitan pengurusan bahan buangan di komuniti setempat saya ialah penyedian bekas pengasingan pepejal. Setiap sisa pepejal mempunyai tempat tertentu. Oleh itu, masyrakat/komuniti setempat tahu cara mengasingkan bahan sisa buangan mereka. Oleh itu, saya telah memulakan 'service learning' di sekolah yang berdekatan.