During IMplementation
1. What happened? What did you observe in relation to the implementation of the waste management project in the school? Terangkan apa yang terjadi. Apa yang kamu perhatikan berkenaan implementasi ‘waste management project” di sekolah?
Hasil daripada pemerhatian saya berkenaan dengan implementasi ‘waste management project’ di sekolah, saya mendapati bahawa projek ini mendapat maklum balas yang mmberansangkan dari pihak skolah. Pengurusan bahan buangan di sekolah dilihat di tahap yang memberangsangkan dan baik kerana saya mndapati bahawa pelajar membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Sebagai contoh, di bahagian kantin saya melihat para pelajar tidak membiarkan sampah di merata-rata tempat dan semua sampah diletakan dalam tong sampah. Tambahan pula, pihak sekolah juga mengambil inisiatif mengalu-alukan kedatangan kami ktika program ini dijalankan dan menerima baik program pengurusan bahan buangan ini. Namun, saya mendapati bahawa pihak sekolah kekurangan sumber bahan seperti tong-tong sampah untuk projek kali ini menyebabkan pihak sekolah tidak dapat menyediakan 3 tong sampah iaitu tong sampah biru, coklat dan jingga. Kumpulan kami telah menyediakan inisiatif untuk membuat tong sampah dari kotak sebagai pengganti sementara menunggu pihak sekolah akan menyediakan tong-tong tersebut.
2. How can you help the school community to better understand the nature of waste management? Bagaimanakah kamu dapat membantu pihak sekolah untuk lebih memahami tentang ‘waste management’?
Melalui program ini, kami sebagai kumpulan pertama dapat membantu memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara tentang bahan buangan dan amalan kitar semula. Memberi pendedahan kepada pihak sekolah tentang kepentingan ‘Ecogreen’ sama ada kepada guru dan plajar sangat penting untuk menunjukkan cara dan menggalakkan pihak sekolah untuk bertindak. Oleh sebab itu, program kami diberi nama ‘Eco-Green Young Learders’ untuk membimbing dan memimpin pelajar mengenai kepentingan mengasing bahan buangan dan amalan kitar semula. Penerapan nilai seperti tanggungjawab, kerajinan dan kerjasama juga dapat diterapkan sepanjang program ini dijalankan. Kami menyediakan info-info berkenaan dengan bahan buangan dan amalan kitar semula dengan memberi penerangan dan menjalankan aktviti bersama pelajar. Saya melihat bahawa pelajar begitu teruja dengan pelaksanaan program kali ini terutama di bahagian aktiviti kerana mereka boleh mengaplikasikan info dan penerangan yang telah diberikan.
3. What has worked? What hasn’t? Any challenges? Why? Apa yang berkesan? Apa yang tidak berkesan? Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi? Kenapa?
Saya mendapati bahawa aktivti yang dijalankan memberi kesan positif kepada semua pihak terutama kepada pelajar sekolah. Saya melihat bahawa berlaku peningkatan dari segi ilmu yang diperolehi oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara. Selepas diberikan penerangan tentang bahan buangan dan amalan kitar semula, semua pelajar diminta melakukan Aktiviti Kutip, Asing, Ingat (K.A.I). Mereka dapat mengasingkan bahan buangan mengikut warna-warna tong yang disediakan. Kesan positif juga dapat dilihat dari segi pergaulan dan kerjasama berkumpulan apabila pelajar-pelajar memberi kerjasama untuk bergiat aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Malah, maklum balas daripada pihak guru memberitahu bahawa program ini telah mengubah sikap segelintir pelajar yang pasif dan berdiam diri di kelas menjadi aktif dan bersuara ketika melakukan aktivti ini. Pengawalan pelajar juga dapat dijalankan dengan jayanya kerana kami membahagikan pelajar mengikut kumpulan. Setiap kumpulan dijaga oleh 2 orang fasilitator. Cabaran yang dihadapi ketika menjalankan program ini ialah kawalan pelajar kerana ada segenlintir pelajar terlalu hyperaktif dan sukar mendengar arahan. Namun begitu, peranan yang dimainkan oleh pihak fasilitator dan penceramah sangat penting kerana mereka berjaya mengawal keadaan. Dari sudut kesan yang kurang memberansangkan ialah sudut ‘Ecogreen’ yang dijanjikan oleh pihak sekolah tidak disediakan kerana pihak sekolah tidak pasti untuk menetapkan dan memberikan kawasan untuk sudut tersebut. Justeru, kami tidak dapat menyiapakan sudut ‘Ecogreen’ seperti yang dirancang.
4. Describe what you have learned about yourself as a result of this service learning? Terangkan apa yang telah kamu pelajari daripada ‘service learning’?
Saya percaya bahawa tanpa kerjasama yang kuat dan kukuh dari semua pelajar PGDE khususnya kumpulan saya iaitu kumpulan 1, program tidak akan dapat dilaksanakan dengan lancar. Saya percaya dengan adanya kerjasama, tolak ansur dan tanggungjwanb bersama, maka sebab itulah kami program kami dapat dijayakan dengan berkesan. Setiap ahli tahu tugas dan tanggungjawab masing-masing dan melaksanakan dengan baik sekali. Nilai-nilai inilah yang saya pelajari daripada service learning pada kali ini. Saya juga banyak mendengar idea-idea baru dan bernas dari ahli kumpulan saya yakni telah membawa kepada kelancaran program ‘ECOGYL’ pada kali ini. Sikap tanggungjawab setiap ahli kumpulan saya menunjukkan bahawa kami sangat menghormati antara satu sama lain dan memerlukan penglibatan semua ahli dalam menjayakan program ini. Setiap ahli kumpulan saya bertungkus-lumus membuat persiapan dan dalam menjalankan tugas masing-masing. Saya juga belajar perkara baru seperti mempelajari suasana dan pengalaman sebenar berada di sekolah, pengalaman berurusan dengan pihak sekolah, menambah ilmu pengetahuan seperti amalan kitar semula, cara membuat baja kompos dan mengasingkan bahan buangan.
5. What have you learned about the school community in relation to ‘waste management? Apa yang telah kamu pelajari tentang penglibatan komuniti sekolah berhubung ‘waste management’?
Warga Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara telah memberikan kerjasama dan sambutan yang baik dengan program ‘waste management’ pada kali ini. Penglibatan komuniti sekolah dilihat begitu memberansangkan kerana mereka memberikan kerjasama dan menerima baik program kami pada kali ini. Komuniti sedar bahawa keadaan sekeliling kita yang tercemar dan mendatangkan banyak masalah kesihatan dan masalah alam sekitar. Oleh itu, masyarakat perlu mengambil peluang untuk mengubah cara hidup, amalan dan fikiran mereka mengenai isu ini. Di sekolah, warga sekolah memprakitikan amalan menjaga kawasan sekolah, membuang sampah di tong sampah dan memastikan kawasan sekolah bersih. Namun begitu, pengasingan bahan buangan mengikut kategori tong-tong belum dilaksanakan. Pihak komuniti sekolah perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan tong sampah mengikut kategori. Program seperti ini diharap dapat menjadi penanda aras pertama dan menunjukkan jalan untuk pihak sekolah memulakan tindakan melakukan penambahbaikan dari segi amalan pengansingan bahan buangan mengikut kategori tong dan menyediakan 3 jenis tong sampah iaitu tong biru untuk kertas, tong coklat untuk kaca dan tong jingga untuk tin dan plastik. Bagi mengubah sikap masyarakat dan komuniti itu sememangnya sukar namun kita boleh mengambil usaha untuk mengubah persepsi komuniti masyarakat dari peringkat awal iaitu di sekolah agar mereka boleh memimpin orang di sekeliling mereka.