TRADISI LAND
Pada 7 March 2020, kami telah mengadakan aktiviti kokurikulum hasil daripada kolaborasi bersama Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kami melibatkan aktiviti 'explorace' dan disertai oleh pelajar Tingkatan 2. Melalui aktiviti kokurikulum yang diadakan seperti ini, pelajar dapat memupuk nilai bekerjasama dalam kumpulan, bermain sambil belajar sesuatu yang baru dan mengisi masa lapang dengan sebaiknya.